Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Monday, July 5, 2010

Akhirnya siap - Fertigasi Felda Pemanis

Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tapak fertigasi di Felda Pemanis. Walaupun hujan gerimis, kami tetap meneruskan pemasangan paip untuk sistem fertigasi. Untuk projek kali ini, saya memasang paip utama betul-betul di tengah-tengah tapak (mudah nak kawal air ke kiri dan ke kanan tapak fertigasi)


Pemasangan sistem aras-air di tengah-tengah tapak (bahagi dua).


Tong simpanan baja fertigasi (dipasang berhampiran bangsal cendawan)

Eh! tapi mana pam air?

Pam air dipasang di dalam bangsal.

Selain dari mengelakkan pam air dari terkena hujan....langkah ini di ambil bagi mengelakkannya dari dicuri......

Kerja-kerja pemasangan berjaya disiapkan lebih kurang pukul 2.00ptg


Tapi disebabkan anak pokok cili centil baru tumbuh, tak dapatlah saya menindahkannya ke tapak fertigasi.

huhuhuhu....baru tumbuh pucuk.

Nampak gayanya, kena tunggu dalam 2 minggu baru boleh pindahkan anak pokok ke polibag.