Taman Budiman Fertigasi

Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Monday, August 9, 2010

Gambar-gambar terkini - Fertigasi Pemanis

Monday, August 9, 2010
Pokok-pokok mula bercabang dan mengeluarkan bunga.

Tumbesaran pokok terung pun OK.


2 comments

Thursday, July 29, 2010

Anak pokok kacang panjang

Thursday, July 29, 2010

0 comments

Tuesday, July 27, 2010

Tapak Fasa Kedua

Tuesday, July 27, 2010
Alhamdulillah, anak pokok cili juga telah berjaya selamat dipindahkan ke tapak Fasa Kedua. Meter EC pulak buat hal, ada ke patut air paip bacaannya 1.4.

0 comments

Sunday, July 25, 2010

Tapak fasa pertama

Sunday, July 25, 2010
Alhamdulillah, tapak fasa pertama telah dibersihkan sepenuhnya. Rancangan diubah. Mula-mula plan rancang nak tanam lada semula, tetapi setelah memikirkan ditimbang akan permintaan kacang panjang yang meningkat menjelang hari raya aidilfitri......kami mengambil keputusan untuk menanam pokok kacang panjang.

0 comments

Monday, July 19, 2010

Pindah Anak Pokok Cili - Fertigasi Pemanis.

Monday, July 19, 2010
Anak pokok cili telah selamat dipindahkan ke polibag. Ada lebih kurang 30 lagi polibag belum berpokok. Tak cukup anak pokok, mungkin kena serang makan serangga masa menyemai pokok sedang membesar.

0 comments

Monday, July 5, 2010

Akhirnya siap - Fertigasi Felda Pemanis

Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tapak fertigasi di Felda Pemanis. Walaupun hujan gerimis, kami tetap meneruskan pemasangan paip untuk sistem fertigasi. Untuk projek kali ini, saya memasang paip utama betul-betul di tengah-tengah tapak (mudah nak kawal air ke kiri dan ke kanan tapak fertigasi)

0 comments

Monday, June 21, 2010

Perkembangan Terkini - Projek Fertigasi Felda Pemanis

Monday, June 21, 2010
Hujung minggu (19-20 Jun-2010), pembinaan tapak fertigasi lada di sambung lagi. Setelah memikirkan tentang keadaan cuaca yang tersangat panas terutamanya ketika tengahari, maka kami mengamibl keputusan untuk memasang net (50%). Keliling net, atas net.....ini tidak dinamakan Rumah Lindungan Hujan....

0 comments