Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Thursday, May 6, 2010

Panduan Membuat Benih Sendiri

Thursday, May 6, 2010

Terjemahan artikel dari laman web - http://www.thechileman.org/guide_seedsaving.php

Panduan: Penyimpanan Biji Benih. Ditulis oleh Mark Mcmullan

Cili adalah tanaman yang hebat. Tumbuhan yang hebat ini menghasilkan berbagai-bagai jenis lada cili, yang mana mempunyai bentuk, saiz, warna, rasa, dan tahap kepedasan yang tidak terkira banyaknya. Lada cili, jika dipetik dengan betul, merupakan sumber biji benih yang berdaya hidup. Biji benih ini boleh dijaga, dan disimpan, supaya boleh menghasilkan tumbuhan percuma dari jenis kesukaan anda untuk tahun-tahun yang akan datang.

Panduan thechileman ini bertujuan untuk memberikan panduan bagaimana untuk mengenal pasti lenggai yang terbaik untuk mendapatkan biji benih berdaya maju dan juga menonjolkan beberapa masalah dan kesulitan yang tidak diduga yang boleh memberi kesan kepada kebolehhidupan dan kualiti biji benih.

Sebelum saya bermula, satu kata-kata peringatan. Minyak kapsaisin, yang memberikan rasa pedar cili, kepekatan tertingginya terdapat di dalam plasenta (selaput lenggai, yang memegang biji benih di tempatnya). sebaik sahaja minyak kapsaisin terkena pada kulit anda, atau ke dalam mata anda, sangat sukar untuk menyingkirkannya. Membasuh dengan sabun dan air akan menyebabkan minyak tersebut tersebar ke sekitar dan boleh menyebabkan masalah menjadikan lebih buruk - terutama di sekitar mata. Sedikit kuantiti kesan minyak kapsaisin pada tangan, daripada memegang cili, boleh menyebabkan ia tersebar ke bahagian tubuh yang lain. Percaya kepada saya, ia akan menyakitkan jika dengan tidak sengaja anda menggosok mata (atau lebih buruk - pergi ke tandas), walaupun hanya dengan sedikit kesan minyak kapsaisin pada jari anda!!!

Ambil perhatian tentang perkara ini, ketika mengendalikan cili, anda mungkin mendapati yang ia sangat berguna sekiranya anda memakai sepasang sarung tangan pakai buang dan pelindung mata. Walaubagaimanpun kemalangan mungkin terjadi, dan jika sesuatu yang terburuk berlaku, cuba sejukkan kawasan terlibat dan elakkan dari menggosoknya. Anda juga boleh cuba menggunakan susu atau yogurt (benda ini mengandungi satu ramuan yang akan memperlahankan tindak balas minyak kapsaisin). Meskipun pengalaman itu mungkin sangat menyakitkan, sebenarnya minyak kapsaisin tidak merosakkan tubuh anda. Dari pengalaman, saya mendapati bahawa selepas beberapa waktu, minyak tersebut akan hilang dan tidak lagi memberi kesan.

Memilih lenggai untuk mendapatkan biji benih yang berdaya hidup
Untuk memastikan kemungkinan terbaik untuk mendapat biji benih yang berdaya hidup, anda mesti memastikan bahawa lenggai yang telah dipilih matang (masak) sepenuhnya, sebelum memetiknya. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan bagi sebiji lenggai untuk matang.

Lenggai tersebut berubah kepada warna terakhirnya bilamana ia mencapai kematangan penuh, dan ini adalah masa yang paling baik untuk memetik bagi mendapatkan biji benih yang berdaya hidup. Pada umumnya, warna terakhirnya adalah merah atau kuning, tetapi mungkin juga terdapat coklat, putih, merah jambu/jingga, jingga, atau putih kuning. Lenggai juga mungkin berubah kepada warna yang lain semasa mematang. Lenggai yang belum matang tidak mungkin akan memberikan biji benih yang berdaya hidup.

Pengkalan data thechileman adalah sumber maklumat yang bagus tentang menentukan warna lenggai matang bagi jenis yang anda tanam. Sebagai alternatif, ia tidak menyeksakan untuk menunggu beberapa minggu dan memperhatikannya (mencerap). Lenggai matang akan terpelihara pada pokok cili selama beberapa masa, melainkan jika ia rosak.

Mencari lenggai yang sihat, sama ada perbandingan cacat bentuk atau sempurna, adalah sumber bagi mendapatkan biji benih yang berdaya hidup. Lenggai yang merekah, nyahwarna, dan dirosakkan serangga lebih berkemungkinan untuk berpenyakit/busuk dan hendaklah digunakan sebagai usaha yang terakhir. Walaubagaimanapun, jika tidak berpenyakit lenggai ini juga merupakan satu sumber biji benih yang berdaya hidup. Pemahaman pada masa ini tentang genetik adalah bahawa penyimpanan biji benih daripada lenggai yang sedikit cacat bentuk, atau kurang besar, tidak akan menyebabkan sebarang kesan pada generasi pada masa depan.

Elakkan dari membuat penyimpanan biji benih daripada pokok berpenyakit, lenggai berpenyakit, atau lenggai yang telah menjadi lembut dengan mereput atau berkulapuk. Sesetengah penyakit / virus boleh jadi diturunkan kepada generasi yang berikutnya mengikut biji benih.

Pendebungaan Silang (Pengkacukan)

Benih cili (seperti setiap biji benih bagi tumbuhan lain) adakah ovul tumbuhan yang matang. Ia mengandungi semua bahan genetik, dan simpanan tenaga, untuk berkembang menjadi pokok (berkeupayaan) menunjukkan sifat yang sama seperti induknya. Walaubagaimanapun, pengkacukan (pendebungaan silang di antara jenis-jenis cili), memperkenalkan bahan genetik baru dan berbeza dan kesan dari pengkacukan ini boleh dilihat di dalam generasi yang berikutnya, dan pada masa depan. Biji benih dikenal pasti, dan dijual, sebagai kacukan F1 adalah generasi kacukan pertama. Elakkan dari membuat penyimpanan biji benih daripada pokok jenis ini kerana itu sahaja ciri yang boleh dijangkakan dari generasi kedua - anda tidak boleh meramalkannya!

Hampir semua jenis pokok cili yang diketahui akan melakukan pendebungaan sendiri. Walaubagaimanapun, dengan bantuan serangga, pendebungaan silang mereka dengan spesies cili yng lain juga sangat mudah bercampur-campur. Pendebungaan silang ini juga boleh menghasilkan biji benih yang berdaya hidup. Pendebungaan silang di dalam spesies yang sama boleh dikatakan pasti menghasilkan kacukan yang berdaya maju dan sangat subur.

Carta yang berikut memperkenalkan garis panduan am bagi hasil pendebungaan silang di antara spesies cili tempatan: -

Jantan/betina C. Annuum C. Baccatum C. Chinense C. Frutescens C.Pubescens
C. Annuum Prolifik (banyak) Sporadik (jarang) Prolifik (banyak) Sporadik (jarang) Tidak sekalipun
C. Baccatum Sporadik (jarang) Prolifik (banyak) Sporadik (jarang) Sporadik (jarang) Tidak sekalipun
C. Chinense Prolifik (banyak) Sporadik (jarang) Prolifik (banyak) Sporadik (jarang) Tidak sekalipun
C. Frutescens Sporadik (jarang) Sporadik (jarang) Sporadik (jarang) Prolifik (banyak) Tidak sekalipun
C.Pubescens Tidak sekalipun Tidak sekalipun Tidak sekalipun Tidak sekalipun Prolifik (banyak)

Spesies Kapsikum yang paling biasa, Annuum bersilang secara prolifik dengan Chinense, secara sporadik dengan Baccatum dan Frutescens tetapi tidak akan bersilang dengan Pubescens. Pada umumnya, Kapsikum Pubescens tidak akan bersilang dengan sebarang spesies yang lain, oleh itu secara teori semua biji benih yang dihasilkan oleh spesies Pubescens di dalam kebun yang bercampur akan 'boleh dipercayai' dan berdaya hidup.

Jika anda bercadang untuk membuat penyimpanan biji benih dari pokok cili, dan inginkan ciri-ciri yang sama sebagaimana induknya, pada waktu itu anda perlu memastikan:

- Bahawa pokok penderma itu sendiri bukanlah kacukan,

- Bahawa pokok itu diasingkan (khususnya bunga) untuk mencegah bawaan angin, atau bawaan serangga, pendebungaan silang.

Ini adalah khususnya penting untuk tujuan komersil, di mana anda boleh menyinggung perasaan semua pelanggan anda! Penghibridan tidak terkawal bukan sahaja mengakibatkan ciri yang tidak terduga dalam generasi pada masa depan - ia juga boleh menghasilkan kacukan mandul, dan/atau biji tidak berdaya hidup.

Pengekstrakan dan pengeringan biji benih cili

Pengeringan biji benih yang betul sangat penting sekiranya anda inginkan biji benih yang tahan dan memastikan bakal pokok yang sihat. Kelembapan berlebihan tersimpan di dalam biji benih menggalakkan hayat hidup dan biji benih tersebut sama ada akan hilang nutrien secara perlahan dan subur sehingga mereka mati, atau reput dengan mudah. Kelembapan juga menggalakkan serangan kulapok, penyakit dan fungus yang mana berkemungkinan disebarkan kepada generasi pokok yang seterusnya andai kata biji benih tidak dikeringkan dengan secukupnya. Maklumat saintifik mengenai penyimpanan biji biasanya memetik bahawa biji benih hendaklah dinyahair (dikeringkan) sehingga kandungan lembapan adalah 8% atau kurang. Secara praktikal, sekiranya biji benih tidak rapuh selepas pengeringan, mereka tidak kering secukupnya!

Biji benih boleh dikeringkan sama ada dengan pengeringan udara atau menggunakan penyahair. Kedua-dua kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan walaupun dari pandangan sudut praktikal, kaedah yang pertama adalah cara yang paling mudah bagi penanam amatur dan oleh kerana itu, ia diterangkan dengan lebih terperinci di sini. Maklumat lanjut tentang pengeringan biji benih menggunakan penyahair boleh diperolehi di sini: www.fiery-foods.com/dave/drying.asp

Proses penyimpanan biji benih: -

Langkah 1 – Pemilihan.

Pilih hanya lenggai matang yang sihat

Langkah 2 – Pengekstrakan

Keluarkan biji benih dari lenggai dengan berhati-hati dan letakkan mereka di atas sekeping tuala dapur. Tuala mengeringkan biji benih dengan menyingkirkan kelembapan dan sebarang puing yang masih terlekat. Pada peringkat ini, periksa biji benih tersebut dan buang setiap yang rosak atau nyahwarna.

Langkah 3 – Pengeringan

Saya suka mengeringkan biji benih di dalam cawan polisterina berlabel dalam almari pengangin selama satu atau dua minggu. Sebagai alternatif anda boleh mengeringkan biji benih dalam bekas kertas di suatu tempat hangat (dan jauh dari pancaran cahaya matahari secara terus) dan di tempat yang kanak-kanak tidak dapat mengetuk (menganggu) mereka. Pusingkan biji benih setiap beberapa hari, bagi memastikan yang bahagian bawah lapisan biji benih terdedah kepada udara. Aliran udara yang baik penting untuk memastikan yang biji benih kering sama rata dan mencegah penyakit lecuh.

Langkah 4 – Ujian

Selepas lebih kurang seminggu, uji kandungan lembapan biji benih. Sebagai garis panduan umum, jika anda boleh membengkokkan biji benih tersebut, mereka tidak kering secukupnya. Biji benih kering seharusnya agak rapuh dan tidak akan meninggalkan kesan apabila anda menggigit mereka.

Perkara penting bagi penyimpanan biji benih yang baik adalah mengekalkan suhu satu tetap dan menyingkirkan lebihan kelembapan. Biji benih yang disimpan dengan betul dapat mengekalkan kevitalan mereka bertahun-tahun lamanya walaupun kadar percambahan cenderung untuk berkurangan sebagaimana masa berlalu. Oleh kerana kebanyakan biji benih cili kelihatan seakan-akan sama, ia perlu dilabelkan dengan jelas. Di samping nama jenis, ia merupakan amalan yang bagus jika memperincikan sumber biji benih, tarikh penyimpanan biji benih dan kadar percambahan yang berjaya (sekiranya kelompok biji benih yang disimpan telah digunakan sebelum ini).

Untuk memelihara kebolehhidupan biji benih, mereka hendaklah disimpan dalam tempat yang agak sejuk, gelap, kering - seelok-eloknya di antara 35-50oF. Satu kaedah yang disukai adalah menyimpan biji benih dalam sampul plastik kedap air yang berlabel (dengan jelas) di dalam bekas tupperware di bahagian bawah peti ais. Keadaan yang dingin, gelap menyerupai alam semula jadi yang memperlahankan metabolisme biji benih. Sekali lagi, pastikan biji kering secukupnya sebelum penyimpanan mereka di dalam peti ais kerana berlebihan air/kelembapan boleh memecahkan dinding sel dan biji benih anda akan mati !

Sebagai satu pilihan alternatif, biji benih boleh disimpan di dalam bekas kaca kedap udara dengan agen pengeringan seperti gel silika atau beras dalam kuantiti yang sama. Elakkan dari menyimpan bekas biji benih di tempat, yang mana kena pancaran matahari, adalah berhampiran dengan radiator atau di dalam kawasan berkelembapan tinggi.


0 comments:

Post a Comment