Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Friday, April 9, 2010

Hole Saw saiz 14mm

Friday, April 9, 2010
Seperti yang telah dinyatakan di dalam post sebelum ini, http://fertigasi-tamanbudiman.blogspot.com/2010/04/3-jenis-sambungan-dari-paip-utama-32mm.html, hole saw bersaiz 14mm tidak dijual di Malaysia. Puas surfing guna pakcik "Google" mendapatkan hole saw 14mm dari pasaran Malaysia - tak dapat, pergi cari kat kedai hardware - pun saiz yang ada cuma 12mm dan terus lompat ke saiz 16mm.

Lalu cuba meng"Google"cari kat e-Bay, ada yang jual! Penjual dari UK. Agak mahal iaitu lebih kurang RM45 sebiji, kalau kat Malaysia harganya cuma antara RM9 hingga RM15. Tanpa membuang masa, pesanan dilakukan dan semalam barang yang ditunggu telah selamat di terima.



Sampul surat untuk barang yang dihantar



Hole saw diterima dalam keadaan yang baik, kotaknya rosak sedikit.

Sebenarnya boleh guna mata dril kayu bersaiz 14mm, tetapi risikonya agak tinggi bagi yang tidak mahir menggunakannya (termasuklah aku).

0 comments:

Post a Comment