Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Monday, July 19, 2010

Pindah Anak Pokok Cili - Fertigasi Pemanis.

Monday, July 19, 2010
Anak pokok cili telah selamat dipindahkan ke polibag. Ada lebih kurang 30 lagi polibag belum berpokok. Tak cukup anak pokok, mungkin kena serang makan serangga masa menyemai pokok sedang membesar.

Sistem penyiraman berfungsi dengan baik tapi timer pulak buat hal (rosak). Nasib baik kat dalam kereta ada stand-by timer. Kalau tak mana nak cari, takder kedai yang dibuka pada hari Ahad.

Ayah saya cakap beritahu, ada pegawai dari Pejabat Pertanian datang ke tapak. Tangkap Ambil gambar tapak.

Aku tanya, "Ambil gambar aje?". Jawapannya YA.

Kalau nak bagi bantuan OK jugak. Harap-harap begitulah hendaknya.