Alhamdulillah, tapak fasa pertama telah dibersihkan sepenuhnya. Rancangan diubah. Mula-mula plan rancang nak tanam lada semula, tetapi setelah memikirkan ditimbang akan permintaan kacang panjang yang meningkat menjelang hari raya aidilfitri......kami mengambil keputusan untuk menanam pokok kacang panjang.
Polibag putih tidak boleh digunakan lagi (cepat reput -memang betul pun), dan dengarnya 'orang kata' bahawa polibag hitam lebih tahan lama, jadi kali ini kami gunakannya polibag berwarna hitam.
Kerja-kerja pemindahan 'media' dilakukan. Tengok tu, petani 'muda' sedang menolong ayahnya di tapak tanaman.
Rajinnya anak ayah
Minggu ni agak sibuk dengan jemputan kenduri doa selamat. Perkembangan terbaru di tapak fertigasi, nampaknya positif. Baru seminggu anak pokok cili dipindahkan ke tapak fertigasi, Alhamdulillah... tumbesaran pokok cili membesar sangat baik.
Gambar ketika anak pokok cili dipindahkan pada 18-Julai-2010
Gambar yang diambil dari tapak fertigasi Pemanis oleh abang penulis blog pada 25-Julai 2010.
0 comments:
Post a Comment