Gambar di atas adalah gambar tanah kosong sebelum kami memulakan projek penanaman lada cili secara fertigasi (bertarikh 2-NOV-2009). Tanah kosong ini dimiliki oleh anak orang ternama di kawasan Parit Raja (bekas wakil rakyat). Setelah mendapat keizinan beliau (terima kasih kepada pemilik tanah), kami memulakan projek menambak tanah (9 lori tanah digunakan, kos mencecah RM1,000), dan kawasan tambakan adalah kira-kira 20kaki x 95 kaki.
Beginilah kawasan tapak selepas di tambak......
Proses membuat pagar dan memasang jaring dilakukan oleh sifu kami dari NZkota.
Tiang telah siap di tanam
Tapak Tanaman Siap pada 25-Nov-2009, memuatkan pokok sebanyak 400++
1 comments:
Salam saudara,mcm mana saudara dptkan lori utk menambak tu..sy di ipoh nk cari lori dan tanah utk kerja penambakan..mohon num tel saudara..afiq 0134439817
Post a Comment