Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Monday, March 22, 2010

Pokok Tumbang....

Monday, March 22, 2010
Alhamdulillah, selepas kemarau yang agak panjang (dari pertengahan bulan Jan-2010~awal March-2010), hujan mula turun pada sebelah petang bermula dari 15-March-2010.

Namun keadaan hujan lebat yang turun setiap petang beserta angin yang agak kuat telah menumbangkan beberapa pokok (buah tengah lebat, bila kena hujan daun jadi semakin berat).

Petang tadi tumbang lagi....tapi tak sebanyak hari Jumaat (19-March-2010) hari tu.


Beginilah keadaan pokok yang tumbang.

Mungkin kerana hujan yang berterusan menyebabkan tanah (tambak) lembik dan tali pemegang longgar. Takpe....hujung minggu ni, kami akan betulkan semula......

0 comments:

Post a Comment