Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Tuesday, May 11, 2010

Manfaatkan Kawasan Tanah yang Ada

Tuesday, May 11, 2010
Projek tanaman fertigasi diperluaskan lagi. Kali ini bukan di Taman Budiman, Parit Raja...tetapi di perkampungan tanah rancangan berdekatan sempadan Johor dan Pahang - Felda Pemanis, Segamat.

Tanah kosong ini terletak bersebelahan dengan rumah ibubapa penulis blog. Memandangkan pokok getah yang telah berusia lebih dari 25 tahun sedang ditebang (untuk projek tanaman semula sawit), peneroka-peneroka felda ini perlu mencari alternatif lain bagi menampung sara hidup masing-masing.

Sebelum ini, ibubapa penulis telah menceburi bidang penanaman cendawan secara kecil-kecilan(di belakang rumah) dan kini beliau mengambil keputusan untuk menceburi tanaman cili secara fertigasi. Dengan kawasan tanah yang agak luas di sebelah rumah - penulis bersama-sama ayah dan abangnya telah bertungkus-lumus selama 2 hari untuk mendirikan tiang-tiang tapak fertigasi seluas 25 kaki x 68 kaki yang dianggar dapat memuatkan sehingga 300 pokok.

Apa yang diharap projek ini akan berjaya dan dapat dikembangkan di tanah rancangan ini.

Gambar-gambar semasa kerja-kerja mendirikan tiang-tiang tapak fertigasi.

Hari Sabtu : 8 Mei 2010

Tanah kosong yang agak luas bersebelahan rumah ibubapa penulis

Tiang yang pertama berjaya didirikan pada pukul 1:00pm.

Oleh kerana tanah terlalu keras (untuk digali), kami mengambil keputusan untuk memanggil JCB untuk mengorek lubang. Ada 16 lubang perlu digali.

Akhirnya, 4 tiang (4 penjuru) berjaya didirikan dan konkrit simen telah dicurah ke dalam lubang - lebih kurang pukul 3.30pm)


Menjelang pukul 6.30pm, 6 batang lagi berjaya didirikan - tapi tak sempat dikonkrit.

Hari Ahad : 9 Mei 2010

Kerja-kerja disambung semula seawal pagi di mana konkrit dibancuh dan dicurah ke dalam lubang (yang tiang-tiang telah didirikan pada hari Sabtu), kemudian kerja-kerja mendirikan tiang-tiang diteruskan. Menjelang pukul 10.45am, kesemua tiang telah berjaya didirikan dan dikukuhkan dengan konkrit.

16 tiang tapak fertigasi telah berjaya didirikan, dan dikukuhkan dengan konkrit.

1 comments:

Raya Resmana said...

very interesting information, I really like it because it can add insight for me more broadly, thank you very much for this extraordinary information
cara menyembuhkan lupus nedritis pada anak dan dewasa, berbahayakah melakukan diet tanpa mengkonsumsi nasi ??,

Post a Comment