Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat


Selamat datang ke blog Tanaman Fertigasi kami. Kami baru mula bergiat sebagai petani secara sambilan dengan perkongsian modal.

Blog ini hanya sebagai catatan dari pengalaman yang telah kami tempuhi sepanjang penglibatan kami dalam bidang ini.

Kini, kami maju setapak lagi di mana kami juga telah cuba mempelajari cara-cara untuk memasang sistem fertigasi.

Thursday, March 25, 2010

Kepentingan Sistem Aras-Air

Thursday, March 25, 2010
Bagi setiap projek yang dipasang oleh NZkota, kita akan dapat melihat bahawa sambungan paip 16mm yang keluar dari paip utama 32mm dipasang seperti gambar di bawah:


Ianya bagi memastikan bahawa air yang dipam keluar melalui dripper adalah pada masa yang sama (serentak). Perkara ini telah dijelaskan oleh NZkota di blog mereka : klik sini.

Secara teori, ia juga dapat dijelaskan daripada simulasi video di bawah:-



NZkota pernah menyatakan bahawa beliau pernah bertanya kepada pihak yang memberikan kursus. "Bolehkah sistem fertigasi dipasang di kawasan yang tidak rata?" dan jurulatih tersebut telah memberikan jawapan seperti berikut, "Seelok-eloknya di kawasan yang rata".

Apa yang pasti, sistem fertigasi juga boleh dipasang di tempat yang tidak rata menggunakan sistem aras-air [water-level system].

0 comments:

Post a Comment